Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 10, 2026

TAT NONA

 Assalamualikum dan selamat berpuasa hari ke 20 buat semua. Masing² sibuk buat biskut raya dh

Harum semerbak bau setiap rumah kediaman dkt sini.

Kali ni buat tat Nona versi anak Landak besar gedabak heheh. 

Kuih wajib buat setiap tahun.

Buat dua adunan sahaja. Dpt la berbagi 3 rumah






TAT NONA

Embunrosaliza

Resipi asal : Kak Ani Sungkai
Bahan²


1 cawan tepung kastard
1 cawan buttercup
1/2 cawan gula halus
Esen vanilla
1 biji telur
11/2 @ 2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung Jagung

1 sudu besar Susu Tepung

Kuning telur sebagai hiasan
Jem nenas secukupnya

Cara - cara

1. Ayak tepung kastard bersama tepung gandum.
2. Pukul butter bersama gula hingga gebu, kemudian masukkan  telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung...uli hingga menjadi doh...sekiranya doh lembik tambahlan tepung gandum.
4. Ambil sedikit doh..isikan jem nenas kemudian bentukkan bujur sedikit...lepas tu gunting mengitu kretiviti  masing2.....
5. Sapukan kuning telur..dan bakar sehingga masak

Selamat Mencuba

Monday, March 9, 2026

Kuih Badak Kelantan ( Kuih Getas )

 Hari ni ketandusan idea nk buat kuih apa. Kelapa parut frozen dh keluarkan. Cadangan awal nk buat onde² tp rasa mcm mls pula nk kukus kelapa.

Tanya Google kuih apa guna kelapa. Maka dia bg la jwapan mcm2 kuih. Rasanya kuih ni paling simple sekali. Lagi pun ada peminat kuih ni kat rumah.


Elok kejadian doh tidak meletup. Kalau nk manis lebihkan gula masa menyira


KUIH BADAK KELANTAN ( KUIH GETAS)

Bahan A

Kelapa

Tepung Pulut Secukupnya

Tepung Gandum 2 Sudu Besar

Sedikit Garam

1 sudu besar Gula

3/4 Cawan Air

Bahan B

1/2 cawan Gula

1/2 cawan Air

Bahan C

Minyak Masak utk mengoreng


CARA²

Gaul sebati semua bahan² (  A )di atas sehingga adunan tidak melekat di jari mcm buat onde² tu juga.

Lepas tu bentuk bulat² dan leperkan

Buat lubang di tengah² mcm donat

Goreng hingga perang.

Utk Menyira

Panaskan Air dan gula hingga berbuih dan agak kental sikit.

Masa ni Masukkan sesudu besar Minyak gorengan kuih badak td ke dlm gula. Supaya adunan gula tidak melekat di kuali

Masukkan kuih badak yg siap di goreng td. Bila dh bersalut semua boleh la di angkat.

Sejuk sekejap boleh la di makan

Coklat Chip Sedap

Assalamualikum dan Selamat berpuasa Hari ke 19 buat semua. Biasa hari ke 10 puasa dh mula buat biskut raya. Tahun ni lambat sikit baru mula buat. Alhamdulillah dari x buat langsung buat juga la sikit² utk kudap² pgi raya. Buat 2 adunan terus.



 

BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOS

Resipi Asal : Rozmaliza

Di cuba : Syaza Liza 

Bahan² A


250 gm butter 

1 1/4 cawan sugar perang

1 sdk esen vanila

1 biji telur

1. Semua bahan² A ini hanya perlu dikacau sebati/rata saja.

Bahan² B

2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 sdk baking powder

1 sdk soda bikarbonat

1sudu kecil Garam ( rosaliza tambah )

6 sdb minyak masak/ minyak jagung 

1 Cawan kekacang kuaci ( rosaliza tambah )

*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)


2. Bila bahan² A dah sebati/rata masukkan pula bahan² B dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat. Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.


3. Bila dah sebati, masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama setengah jam.


4. Keluarkan adunan dan sudukan atas loyang pembakar. Adunannya memang lembik sikit.


5. Jarakkan adunan semasa membakar sebab biskut akan mengembang.


6. Bakar selama 20 minit suhu 150ç api atas bawah. Selamat mencuba gerenti puas hati 🍪

Friday, March 6, 2026

Bukit Expo Upm

Musim bunga bermusim 7.11.2025 di bukit expo upm 

















 

Thursday, March 5, 2026

Puding Roti Karamel

 Assalamualikum selamat berpuasa hari ke 15 buat semua. Puding roti karamel ni dh berapa kali ulang siar dh utk puasa 2026 ini. Senang je membuatnya.. Seronok tgk hasilnya. Kali ni tambah serbuk krimer 2 sudu besar. Hasilnya mulus




PUDING ROTI KARAMEL

RESEPI : ROSALIZA @ Syaza Liza

Bahan2

1. 4 keping roti gardenia

2. 3/4 Cawan Arcopa Susu Pekat Manis

3. 2 Cawan Arcopal Air Suam

4. 1 Sudu Teh Esen Vanilla

5. 3 Biji Telor Gred AA 

6. 3 Sudu Besar Gula, jadikan gula hangus

7. 2 Sudu Serbuk Krimer ( x ada pun x apa skip je )

CARA2

1. Buat gula hangus terlebih dahulu. Caranya, buka api paling kecil, tabur2kan 3 sudu gula, biar sampai perang cantik, jangan sampai hangus pula. Kacau manja2 dgn sudu. Bila siap angkat dan ketepikan.

2. Panaskan periuk kukus. Letak air ya

3. Carik2kan roti masukkan kedlm blender, masukkan Susu pekat manis, air Suam dan esen vanilla. Blender sehingga hancur.

4. Masukkan 3 biji telor dan blend sekejap.

5. Masukkan bahan2 blender td ke dlm loyang yg berisi karamel td.

6. Bila air mendidih kukus la puding sehingga 30 minit. 

7. Apabila masak, lap2kan permukaan puding dgn tisu.

8. Sejukkan sekejap, kemudian simpan dlm peti ais.

9. Apa bila hendak terbalikkan puding pastikan di sisip tepi2 puding dgn pisau plastik atau apa2 yg sesuai.

10. Terbalikkan kedlm pinggan atau bekas yg sesuai

Wednesday, March 4, 2026

Biskut Kelapa

 

Resepi : Raja Azura @ Majalah Rasa

Dicuba : EmbunRosaliza

Bahan-bahan A:

  • 2 cawan kelapa kering (disangai hingga perang dan naik bau, kemudian sejukkan)

Bahan-bahan B:

  • 250 gram mentega atau marjerin
  • 1 cawan gula aising
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji kuning telur
  • Sedikit pewarna makanan (ikut selera, pilihan)

Bahan-bahan kering:

Bahan-bahan C (Hiasan):

  • Putih telur
  • Sedikit pewarna kuning
  • Sedikit esen vanila
  • Kelapa kering yang dicampur sedikit pewarna merah

Cara-cara penyediaan:

  1. Dalam bekas, masukkan semua bahan B. Gaul sehingga sebati dan berkrim. Tidak perlu pukul terlalu lama atau hingga terlalu kembang.
  2. Masukkan bahan kering (tepung ubi dan tepung gandum). Gaul secara kaup balik sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan bahan A (kelapa kering yang telah disangai) sedikit demi sedikit sambil terus menggaul hingga menjadi doh yang sekata.
  4. Jika mahu, boleh tambahkan sedikit pewarna makanan ke dalam doh. Namun, tanpa pewarna pun biskut tetap sedap dan cantik secara semula jadi.
  5. Bentukkan doh mengikut citarasa masing-masing dan susun atas loyang yang telah dialas kertas pembakar.
  6. Hiaskan bahagian atas biskut menggunakan bahan C.
  7. Bakar dalam oven pada suhu 170°C selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak, bergantung pada suhu oven masing-masing.

Tuesday, March 3, 2026

Sira Nekbat

 


Selamat berpuasa hari ke 13 buat semua. Hari minggu lepas sempat beli nekbat ni di pantai dalam. Biasa la mesti nk mkn mknn kelantan bila puasa. Kalau kat kg belum tentu beli lg ni. Ni boleh di katakan makan rare kelatan dan Ganu juga. Negeri lain x tau ada ke x kuih ni

Beli Nekbat kering ni 10 biji rm5. Harga boleh tahan la. Kalau kat kg murah lg ni.

Jomm kita sira nekbat cara saya

Bahan²

Nekbat 10 biji

2 cawan air

5 sudu besar gula pasir

3 helai daun pandan

5 biji bunga cengkih

Cara²

Masukan air ke dlm periuk, masukkan gula bunga cengkih dan daun pandan. Masak hingga gula hancur.

Masukkan nekbat dan biarkan air gula meresap ke dlm nekbat. Lebih kurang 5 minit.

Tutup api. Sejukkan . Makan sejuk² sedap.


Nekbat kering sebelum di Sira

Monday, March 2, 2026

Puding Roti Marble Agar² Tali

 Assalamualaikum buat semua. Dah lama sangat Sendu blog Embun. Tuan rumah sekejap rajin sekejap x berapa rajin. 

Kali ni gigih juga update kerana guna agar² tali. Semlm cari kat kedai x ada agar² serbuk.

Selalu  kalau puding roti marbleresepi Hana guna agar² serbuk. Kali terpaksa cari yg guna agar² tali.

Mula² tgk resipi yg guna 10gram agar² tali. Sayang pula sbb beli 20gm. Lepas tu puding ni pun nk byk juga utk bawa ke majlis berbuka di surau ptg ni.

Ngam² juga la guna susu cair setin x membazir dh susu terus habis guna.

Terima kasih kepada empunya resepi ni. Masa google tu terus copy dan paste. Cari semula x jumpa dh resipi ni. Nasib baik dah simpan rapi disini.

Selamat Berpuasa Hari ke 12 buat semua. 2.3.2026




  • BAHAN²NYA

  • 6 keping roti 
  • 1 tin susu cair
  • ¾ tin susu pekat
  • 2 biji telur
  • 6 cawan air ( cawan Metrik )
  • 20g agar-agar tali ( rendam 2 jam )
  • 2 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar gula ( 2 sudu )
  • ½ sudu besar esen vanilla
  • Pewarna ( serbuk coklat + vico  di bancuh dgn sedikit air suam)
  • Sedikit Garam rosaliza tambah

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, potong 6 keping roti secara kecil-kecilan supaya mudah dikisar.

2. Selepas itu, kisar roti yang telah dipotong bersama susu cair, susu pekat dan telur. ( rosaliza blnder semua sekali termasuk gula dan esen vanilla )

3. Kemudian, masukkan air ke dalam periuk. Letak agar-agar tali dan masak sehingga agar-agar larut.

4. Masukkan gula, esen vanilla dan tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi. Kemudian, masukkan mentega dan kacau sebati.

5. Seterusnya, tuang dan agihkan kepada tiga bahagian atau mangkuk. Masukkan pewarna yang berlainan.

6. Tuang ke dalam tray, kemudian sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Setelah itu, bolehlah dipotong. Siap untuk dinikmati!


Terima Kasih Tuan Punya Resepi semoga Allah sentiasa Permudahkan semua Urusan


Monday, November 17, 2025

Wang Kelian View Point

 14- 15  November 2025.

Assalamualikum setelah sekian lama bersawang blog embun ni. Pgi ni terajin sikit. Td duk usha² resepi apam nasi. Lps tu rajin pula tekan². Maka boleh la buat n3 baru. Nk m3ngarang dh ketandusan idea dh. Simpan gambar kat sini buat kenanangan.

Kami ke Padang Besar dgn menaiki Ets. Sampai sana sewa Van utk 13 org lebih kurang rm300.00.

Untuk ke viewpoint ni lbih kurang 30minit dr padang besar.

Tiket masuk dewasa rm 3.00 anak sekolah dr 18 tahun ke bawah rm1.00.

Lepas tu kami naik buggy rm3.00 seorg. Utk ke view point dlm 500 meter kut. Mls nk jalan kami naik buggy 😀😀😀.









Best kat sini. Cuaca nyaman. Awan karpet dh nipis dh dekat pukul 8.00. Kena awal sikit dlm pukul 7 kut ada. Memang best  tgk view

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...