skip to main |
skip to sidebar
Salam Jumaat yg penuh ceria dan merupakan hari akhir persekolah, dan esok bermulalah cuti persekolahan, hurmmmm bestnya. Hari ini sambutan hari guru di sekolah anak2, yg sekolah Kebangsaan sibuk dengan hadiah , yang sekolah menengah pulak perempuan saje yg nak bagi hadiah kat cikgunya, yg lelaki malas nak bawa, bawa badan je. Kalo masa akk sekolah dulu suka je nak bagi hadiah kat cikgu kesayangan .....dah pencen agaknya cikgu2 akk dulu
Esokk cuti dua minggu ,mesti ramai yang mengambil kesempatan balik kampung ataupun cuti2 Malaysia. Sudah pastinya banyak undangan perkahwinan cuti2 sebegini. Walaupun dimana saje anda berada semoga sentiasa di lindungi allah sentiasa.
Okkk, Oraittt berbalik pada menu N3 hari ini, sebenarnya buat masa besday addawiyah hari tu lagi 13.5.12, anak2 cukup suka dengan menu pulut, mama n abahnya pun sama naik juga mmg peminat tegar pulut. Lagi pulut senang je nak membuatnya. Kalo nak cepat n tambah semangat lagi, rendam dulu pulut pas tu sediakan intinya dulu, nak tak nak, malas atau rajin kena juga buat, kalo tak membazir je pulut yg terendam tu:~
PULUT INTI
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan- bahanInti kelapa secukupnya
1 kg beras pulut { di rendam seketika }350ml santan pekat *3 sudu besar gula*1 sudu teh garam*Bahan2 bertanda * di masak sketika, sekadar menghancurkankan gula n garam.
Cara - caraDidalam pengukus, didihkan air kemudian kukus pulut selama 20 minit. Selepas itu angkat dan digaulkan dengan santan tadi, kemudian kukus semula selama 15 minit atau sehingga masak.
buat sekilo pun pasti habis, anak2 suka mkn ulang2.
Petang ni lepas solat jumaat 2 anakku Amirul Irfan n Ariff Isqandar akan ke Taiping selama 3H2M kerana mengikuti lawatan sekolah untuk pasukkan Hoki. Semoga selamat sampai ke destinasi dan di lindungi Allah sentiasa, selamat pergi dan kembali
Posted by
EmbunRosaliza
at
Friday, May 25, 2012
Bunga2an ~
semua pic ni di snap oleh sulungku
Posted by
EmbunRosaliza
at
Wednesday, May 23, 2012
Salam ceria buat semua, dan selamat menjalani puasa sunat pada yg berpuasa, besar pahalanya. Pulut pauh simple ni akk buat lamaaa sudah, sampai tak ingat dh, tapi masih di bulan mei jugalah. Sebenar lama dah teringin mencuba n merasa pulut pauh ni. Hari tu masa balik kelantan , kedai makan tu ada pulak jual pulut pauh ni, maka akk pun oder lah sepinggan RM5.00, rasanya mmg tak berbaloi dengan pauh yg agak masam n kuah yg cair atau ceroi dan manis tahap gaban ( manis letting ) tak tahan tekak den, dengan kata lain tak menepati citarasa langsung.
Kebetulan ada mangga yg sangat manis akk pun masak pulut nasi dengan rice cooker dan guna air sahaje. Lepas tu baru google cari resipi pulut pauh ni. Kebanyakkan resipi masak pulut guna santan atau pun di kukus kemudian gaul dengan santan n gula. Frust pulak rasa......Pas tu akk buat kuah pulak, alhamdulillah, sedap n sangat nikmat bila makan, semua anak2 suka :~
PULUT PAUH @ PULUT MANGGA SIMPLE
Resipi : embunrosaliza.blogspot.com
Bahan - bahan
1kg pulut - masak macam biasa
Kuah
2 cawan santan pekat
3 cawan air
2 sudu besar penuh tepung beras
gula - anggaran 3 sudu besar
garam - secukup rasa
Cara2
1. Satukan kesemua bahan di atas dan masak diatas api yg sederhana sehingga kuah agak pekat dan mendidih.
2. Sesuaikan rasa, kuah ni hendahlah sedikit lemak manis. Siap
Sedap dimakan dengan mangga yg manis, anak2 akk makan pulut dengan kuah sahaje. Dan yang penting my Abe kata memang sedap.....
Posted by
EmbunRosaliza
at
Monday, May 21, 2012